Tuesday, May 31, 2011

Kualiti-Kualiti & Jati Diri Pelajar Cemerlang (A. B. C. D. E. F. G. H. I.)

(dipetik dari buku Motivasi, Teknik Belajar & Strategi Menghadapi Peperiksaan karangan Taidin Suhaimin)

Pelajar Cemerlang
Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang.
Kualiti-kualiti pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
Amanah
Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Allah S.W.T.. 
Bijak
Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.
Cergas
Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.
Dedikasi 
Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik. 
Elok
Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan. Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya. 
Faham 
Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklum balas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.
Gigih 
Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya. 
Hasrat
Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya itu memberikan suntikan motivasi kepadanya berusaha lebih bersungguh-sungguh untukmencapai kejayaan dalam kehidupannya.
Iman 
Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T. dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.
Sekian. Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT. Insya-Allah.

Saturday, May 28, 2011

Never too late!!


Ramai ibu bapa beranggapan sekarang sudah terlambat. Sebenarnya inilah masa yang sesuai dan tepat untuk menghantar anak-anak kita mengambil kelas tambahan ataupun tuisyen.

Tidak ada istilah lambat atau awal..Yang  penting kita mulakan SEKARANG!!!!!







Monday, May 23, 2011

PROMOSI HEBAT CUTI SEKOLAH!!!

Sempena musim CUTI SEKOLAH, kami akan mengadakan Program 'DRILLING A MEGAMIND' untuk memastikan anak anda tidak mensia-siakan cuti sekolah mereka. Terhad kepada 100 pelajar terawal sahaja!!!


Saturday, May 21, 2011

POSITIVE THINKING!

Dalam mencapai sesuatu perkara, pastinya ia tidak mudah, tetapi melalui sikap "POSITIVE THINKING" ianya tidak mustahilkan!

Kepada calon-calon UPSR, PMR dan SPM pastikan kita sentiasa mempunyai "POSITIVE THINKING" ok!





Tuesday, May 17, 2011

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN!

 

MMT mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada para pelajar yg akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Kepada pelajar-pelajar UPSR, PMR dan SPM keputusan peperiksaan ini akan menjadi aras  petanda persediaan kita. 
Good Luck and all the best!!

Doa jika terlupa semasa menjawab soalan peperiksaan

Monday, May 16, 2011

HAPPY TEACHER'S DAY

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Terima kasih kepada guru-guru di Malaysia amnya dan juga guru-guru di Megamind kerana tidak jemu-jemu mendidik anak bangsa negara kita. Semoga anak bangsa kita menjadi insan yang berguna di masa hadapan.

              Anak kancil pergi berguru,
Tidak terbiasa kerja yang sia,
             Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.

Sunday, May 15, 2011

Promosi Bulan Mei 2011!!


Jangan lepaskan Promosi Menarik di MMT untuk bulan Mei 2011 ini.
 Promosi terhad untuk  48 45orang pelajar yang ingin berjaya!!
Daftar tempat anda SEGERA disini.

Selamat Datang ke MegaMind

MEGAMIND TUITION (MMT) telah ditubuhkan sejak  tahun 2009 sebagai sebuah pusat tuisyen di sekitar Taman Melati,Setapak, Danau Kota, Wangsa Maju dan Gombak. 
MMT dimiliki dan digerakkan oleh suatu badan 100% bumiputra (Pusat Tuisyen MegaMinda).

Bermula dengan 4 kelas sahaja pada tahun 2010, MMT telah bangkit dan mengembangkan sayapnya. Pada tahun ini, dengan pakej-pakej yang menarik, harga yang berpatutan serta suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan selesa, MMT telah berjaya mewujudkan 12 kelas dan bilangan pelajar sehingga kini adalah seramai 80 orang. Kelas-kelas di MMT merangkumi semua peringkat umur terdiri daripada kanak-kanak, UPSR, PMR, SPM, A-Level dan O-Level. MMT mempunyai tenaga kerja lebih dari 20 guru pakar dan tutor yang berkualiti dan berpengalaman.



MMT telah merancang untuk terus mengembangkan sayapnya untuk tahun-tahun yang akan datang.Cabang-cabang baru tidak akan hanya berhenti di situ. Lebih banyak akan dibuka  bagi memenuhi keperluan pendidikan  yang terbaik untuk anak-anak anda.


"Learning is Fun!"