MMT dimiliki dan digerakkan oleh suatu badan 100% bumiputra (Pusat Tuisyen MegaMinda).
Bermula dengan 4 kelas sahaja pada tahun 2010, MMT telah bangkit dan mengembangkan sayapnya. Pada tahun ini, dengan pakej-pakej yang menarik, harga yang berpatutan serta suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan selesa, MMT telah berjaya mewujudkan 12 kelas dan bilangan pelajar sehingga kini adalah seramai 80 orang. Kelas-kelas di MMT merangkumi semua peringkat umur terdiri daripada kanak-kanak, UPSR, PMR, SPM, A-Level dan O-Level. MMT mempunyai tenaga kerja lebih dari 20 guru pakar dan tutor yang berkualiti dan berpengalaman.
MMT telah merancang untuk terus mengembangkan sayapnya untuk tahun-tahun yang akan datang.Cabang-cabang baru tidak akan hanya berhenti di situ. Lebih banyak akan dibuka bagi memenuhi keperluan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak anda.
"Learning is Fun!"